Terma & Syarat Pembelian

← Kembali

Terma dan Syarat Jual Beli Tanah

1. Penjual bersetuju untuk menawarkan kepada pembeli tempoh bayaran ansuran selama 10 tahun kepada pembeli DAN pembeli bersetuju dan memberi AKUJANJI akan membayar ansuran bulanan tersebut selama 10 tahun.

2. Pembeli memberi AKUJANJI akan membuat Bayaran Pendahuluan sebanyak 10% daripada harga beli tanah.

3. Pembeli bersetuju bahawa sekiranya Pembeli tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan selama tiga bulan berturut-turut, maka ianya akan dirujuk semula kepada perbincangan dengan pihak penjual samada ingin meneruskan atau membatalkan urusan jual beli.

4. Sekiranya Pembeli tidak mampu untuk meneruskan urusan jual beli atau tidak mampu untuk meneruskan bayaran ansuran harga tanah tersebut, maka pembeli bersetuju untuk menyerahkan kembali tanah yang dibeli tersebut kepada penjual untuk dijual balik dan pembeli tidak boleh sekali-kali mengambil faedah seperti menjual tanah semula tanah tersebut tanpa kebenaran daripada penjual.

5. Segala bayaran hendaklah melalui akaun bank yang ditetapkan oleh pihak penjual. (Sebarang bayaran tunai tidak akan diterima).

6. Sekiranya pembeli berhasrat untuk menjelaskan keseluruhan harga tanah lebih awal kepada penjual samada secara tunai atau melalui mana-mana pinjaman pembeli, maka ianya adalah tanpa mana-mana paksaan dan amat dialu-alukan oleh pihak penjual.

7. Resit hanya akan dikeluarkan sebaik sahaja bayaran harga tanah 'clear' dalam akaun penjual.

8. Pewaris atau keluarga terdekat berhak meneruskan ansuran bulanan harga beli tanah tersebut.

9. Geran asal akan diserahkan kepada pembeli setelah penjual menerima kesemua bayaran harga beli tanah.

10. Pembeli tidak dibenarkan untuk membina sebarang bentuk bangunan di atas tanah tersebut sebelum hakmilik berasingan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah yang berkenaan.

11. Perjual bersetuju untuk menawarakan kepada pembeli kos percuma bagi mengukur tanah tersebut.

12. Segala yang terkandung di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat.